Taeyang, Min Hyo-rin rancang kahwin tahun depan

AHLI kumpulan Big Bang, Taeyang dan teman wanitanya, pelakon, Min Hyo-rin merancang untuk berkahwin Februari depan lapor Soompi.

Memetik laporan media Korea Selatan, Star News, ada sumber mengatakan bahawa pasangan tersebut akan berkahwin sebelum Taeyang menyertai tentera Mac depan.

"Taeyang menemani Hyo-rin ke Indonesia atas urusan kerja, pulang sahaja dari negara itu, pasangan tersebut kelihatan melakukan persediaan untuk berkahwin," kata sumber tersebut.

Pasangan tersebut mengakui sudah bercinta lebih tiga tahun pada Mei 2015 mengejutkan ramai pihak. Selain itu, Taeyang juga mendedahkan bahawa lagu popularnya, 'Eyes, Nose, Lips' adalah mengenai Hyo-rin.
Taeyang, Min Hyo-rin rancang kahwin tahun depan Taeyang, Min Hyo-rin rancang kahwin tahun depan Reviewed by Kakigosip on 07:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.