Sweetnya saat Neelofa dicium!

PENGACARA popular, Neelofa mencuri perhatian peminatnya apabila berkongsi foto menerima 'ciuman' manis daripada ikan lumba-lumba.

Foto tersebut dikongsikan oleh Neelofa ketika berkunjung ke Dolphin Bay yang terletak di Dubai.

Neelofa dalam masa sama tidak melepaskan peluang berinteraksi dengan haiwan bijak di taman air tersebut.

Rata-rata peminat di Instagram memuji 'hubungan' mesra yang berjaya dicipta Neelofa bersama ikan lumba-lumba itu.

Pengguna Instagram, Shafiq Hanafi sempat mengusik aksi Neelofa bersama haiwan jinak itu.

"Jangan ikan lumba-lumba bawa Lofa lari ke laut pula," katanya.

Manakala Fateh Arrayan mengakui senang hati melihat Neelofa menjalani kehidupan dengan baik.

"Baru nampak Neelofa bergembira dan berseronok," katanya.

Sweetnya saat Neelofa dicium! Sweetnya saat Neelofa dicium! Reviewed by Kakigosip on 09:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.