Suara Hazami sedikit goyang

JURI tetap program Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Datuk Ramli MS menjelaskan persembahan solo Hazami menerusi lagu Bahagiamu Deritaku sedikit goyang dari segi kualiti vokal sekali gus memberi kesan kepada pemarkahan.


Ramli kata persembahan Hazami jatuh 35 peratus. FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD
Ramli berkata sebagai mengulas kedudukan Hazami yang berada di tempat keempat di belakang Lan Solo.

“Persembahan kesemua finalis dinilai empat juri berbeza. Setiap persembahan saya dengar jelas menggunakan ‘headphone’. Pada nyanyian lagu solo, suara Hazami sedikit goyang. Jadi, saya ambil kira perkara ini.

“Ketika persembahan ‘battle’ pula, dia lupa lirik. Saya tidak kecewa, cuma saya faham apabila menyanyi secara langsung apa saja kemungkinan boleh berlaku. Masalah gugup di pentas memang tak boleh elak,” katanya.

Menurut Ramli, persembahan Hazami pada sesi latihan jauh lebih baik daripada nyanyian peringkat akhir.

“Pergerakan yang banyak di atas pentas sedikit sebanyak mengganggu pernafasan. Apa boleh saya katakan, kualiti persembahan Hazami jatuh 35 peratus,” katanya.

Pada pentas akhir, Hazami mendapat markah keseluruhan 70 peratus berbanding Lan, 70.4 peratus.

Selain Ramli, tiga juri lain iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Rosyam Nor.
Suara Hazami sedikit goyang Suara Hazami sedikit goyang  Reviewed by Kakigosip on 12:36:00 Rating: 5
Powered by Blogger.