Steven Tyler Buka Rumah Perlindungan Wanita Mangsa Seksual

Vokalis kumpulan Aerosmith, Steven Tyler, membuka sebuah rumah persinggahan khas untuk wanita-wanita yang menjadi mangsa kekerasan dan keganasan seksual.



Rumah yang terletak di sekitar Atlanta itu diberi nama Janie's House. Nama tersebut terinspirasi dari judul lagu Aerosmith yang berjudul 'Janie's Got a Gun' yang rilis pada 1989.

Lagu 'Janie's Got a Gun' menceritakan tentang kekerasan terhadap anak dan hubungan sedarah. Tayler mengambil masa selama sembilan untuk menghasilkan lagu tersebut.

Tyle merealisasikan projek mewujudkan rumah persinggahan itu bersama Youth Villages' Inner Harbour iaitu sebuah pertubuhan yang mengendalikan masalah penyembuhan penyakit kejiwaan, yang terletak di Douglasville, Georgia.

Lapor CNN, Tyler berkata, idea untuk membuka rumah tersebut timbul sewaktu dia menjalani proses rehabilitasi.

"Ketika saya sedang di dalam rehabilitasi, saya bertemu dengan ramai banyak perempuan yang pernah menjadi mangsa pukul, dan disiksa, secara verbal dan seksual

"Saya berharap mereka memiliki peranti dan jalan keluar," katanya.

Beliau mengumumkan mengenai pembukaan Janie's House menerusi video yang muat naik di akaun Instagram miliknya, @iamstevent.
Steven Tyler Buka Rumah Perlindungan Wanita Mangsa Seksual Steven Tyler Buka Rumah Perlindungan Wanita Mangsa Seksual Reviewed by Kakigosip on 15:36:00 Rating: 5
Powered by Blogger.