Star Wars konsisten pecah panggung

FILEM ‘Star Wars: The Last Jedi’ merekodkan jualan tiket global sebanyak AS$450 juta (RM1.83 bilion) pada tayangan pembukaan hujung minggu lalu.

Ia sekaligus mengesahkan bahawa filem pengembaraan angkasa itu kekal sebagai filem pecah panggung.

Filem kelapan dalam siri Star Wars itu dicipta George Lucas pada 1977 dan ia berjaya mengutip jualan sebanyak AS$220 juta (RM897.49 juta) di Amerika Syarikat dan Kanada, berdasarkan jangkaan ‘box office’ yang diterbitkan comScore, semalam.

Jumlah jualan itu berada pada kedudukan kedua selepas jualan AS$248 juta (RM1.01 bilion) untuk filem ‘Star Wars: The Force Awakens’ yang ditayangkan dua tahun lalu.

Tayangan permulaan menunjukkan kejayaan besar baharu Walt Disney Co yang membeli penerbit Star Wars, Lucasfilm pada 2012 dan memperbaharui jalan cerita filem di angkasa terbabit.

“Tiada banyak jenama yang boleh mengekalkan minat dan kekal relevan pada tahap ini. Ini mengukuhkan lagi semua filem Star Wars yang akan datang,” kata penganalisis kanan media comScore, Paul Dergarabedian.

Sekurang-kurangnya lima lagi filem Star Wars sedang disiapkan di Disney termasuk satu mengenai watak Han Solo ketika zaman muda yang akan ditayangkan Mei depan diikuti ‘Episode IX’ pada Disember 2019.
Star Wars konsisten pecah panggung Star Wars konsisten pecah panggung Reviewed by Kakigosip on 12:42:00 Rating: 5
Powered by Blogger.