Star Wars episod 8 mengecewakan?

WALAUPUN Disney dan Lucasfilm melakukan sega-galanya untuk membina 'hype' untuk peminat francais Star Wars, episod terbarunya 'The Last Jedi' nampaknya gagal menyampaikan apa yang sepatutnya.

Laporan Express UK mengatakan video-video Star Wars yang dimuat naik ke laman Youtube menjadi platform luahan kemarahan mereka yang telah menonton The Last Jedi di panggung wayang.

Dalam luahan-luahan yang dibaca, perkataan 'kecewa' paling banyak diulang-ulang dalam hampir semua komen.

"Dah tonton dah The Last Jedi hari ini. Kalau tak kata kecewa, memang tipulah," kata seorang peminat Star Wars di laman Youtube.

"Tak ada karakter yang belum dirosakkan lagi dalam (francais) filem ini," luah seorang lagi peminat, jujur.

Seorang peminat mengatakan, pencipta Star Wars George Lucas perlu merampas kembali francais filem tersebut sebelum ia 'dibunuh oleh Disney'.

Selain itu, ada segelintir peminat yang mahukan JJ Abrams kembali mengarahkan filem-filem baru francais tersebut.

Peminat di Malaysia boleh mula menonton The Last Jedi yang mula ditayangkan di seluruh dunia, semalam
Star Wars episod 8 mengecewakan? Star Wars episod 8 mengecewakan? Reviewed by Kakigosip on 20:07:00 Rating: 5
Powered by Blogger.