Siti tak boleh makan pedas, sebab..

PENYANYI kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza rindu mahu makan makanan pedas tetapi alahan yang dialaminya semasa hamil menghalang hasrat tersebut.

"Selepas empat bulan lebih, saya dah okey, cuma sampai sekarang alahan saya memang saya tak boleh makan pedas, tak makan asam-asam," kata Siti memetik laporan Astro Awani.

Tambahnya, beliau rindu dengan makanan pedas yang beliau gemar dahulu.



Sementara itu, kandungan Siti kini berusia enam bulan dan beliau hanya ada masa beberapa bulan lagi untuk berehat.

"Saya pun baru check-up, doktor tengok baby pun sihat, ikut perkembangan jadual. Insyaallah, doakan," tambah Siti.

Bagaimanapun, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masih mahu belum berkongsi jantina bayi mereka.

"Saya tak terfikirlah nak buat pengumuman, majlis ke apa. Mungkin saya akan beritahu dalam media sosial saya," akhiri Siti.
Siti tak boleh makan pedas, sebab.. Siti tak boleh makan pedas, sebab.. Reviewed by Kakigosip on 07:41:00 Rating: 5
Powered by Blogger.