Sila senaraikan projek saya dapat dari kerajaan: Dira

PELAKON dan pengarah Dira Abu Zahar tidak betah apabila netizen terus mengecam dirinya.

Dira yang juga merupakan Exco Puteri Umno ini meminta netizen menyenaraikan setiap projek yang dikatakan dapat daripada kerajaan.

“I’m being open now. Sila senaraikan project yang saya dapat dari gomen (kerajaan) seperti yang digembar-gemburkan dengan cara yang dilaung-laungkan..... Please do... I’m excited to know too,” tulisnya di laman Twitternya.


Dira dilihat turut ‘mencabar’ agar ia dibuktikan dengan kebenaran.

“Sila senaraikan job nya?

“Saya nak tau gak (juga) .......,” tulisnya lagi.


Terdahulu, Dira membidas rakannya Nur Fathia apabila pelakon itu lantang mengkritik kerajaan.

Susulan itu, Dira yang cuba mempertahankan kerjaan menjadi sasaran netizen apabila dituduh dengan pelbagai tohmahan.
Sila senaraikan projek saya dapat dari kerajaan: Dira Sila senaraikan projek saya dapat dari kerajaan: Dira Reviewed by Kakigosip on 20:05:00 Rating: 5
Powered by Blogger.