'Siapa gantikan siapa bukan isu'

Pelakon Keith Foo, 34, tidak terasa hati apabila dia menggantikan Kamal Adli yang sepatutnya pegang watak utama dalam drama Jangan Padam Rindu malah tawaran yang datang itu dianggap rezeki anaknya, Skylar, yang kini berusia enam bulan.

Menurut Keith, sebelum ini pun jika ada tawaran berlakon dia tidak pernah tanya siapa pelakon lain yang pengarah pilih sebelum bersetuju untuk menjadikannya pelakon utama.

“Ketika pihak produksi menghubungi saya menawarkan watak utama drama itu, saya tak tahu pun perkara itu malah anggap ia rezeki anak selepas dua tahun tiada tawaran berlakon.

“Tak ada isu langsung siapa yang menggantikan siapa kerana saya tidak ‘memotong’ jalan orang lain. Tak perlulah sensitif dengan benda kecil macam itu. Saya juga tiada konflik dengan Kamal, semua baik-baik saja.

“Apa yang saya utamakan ialah membawakan watak yang diberikan itu dengan baik dan yang lain-lain, itu bukan urusan saya. Syukur selepas dua tahun tidak beraksi akhirnya peluang itu datang semula apabila Suhan Movies menawarkan saya berlakon drama Jangan Padam Rindu.

“Seronok dapat bekerja seperti dulu dan Skylar pun sudah semakin besar. Tidaklah saya bimbang sangat Kim menjaga Skylar seorang diri di rumah ketika saya keluar bekerja,” katanya.

Dalam Jangan Padam Rindu, Keith berpasangan dengan Emma Maembong dan itulah pertemuan pertama mereka di hadapan lensa kamera. Sikap ‘sporting’ Emma dengan pantas mencetuskan keserasian antara mereka berdua.

“Senang bekerja dengan Emma dan meskipun sebelum ini Kamal yang sepatut digandingkan dengannya namun seperti juga saya, Emma tak kisah siapa hero drama itu kerana apa yang lebih penting kami mesti memberikan yang terbaik dalam lakonan,” katanya.

Selain dirakamkan di Kuala Lumpur, penggambaran drama itu turut dilakukan di Perth, Australia, selama lapan hari.

Selama dua tahun menyepi dari dunia lakonan, Keith banyak meluangkan masa menjaga isterinya, Kim Raymond, yang ketika itu hamilkan anak sulung mereka sehinggalah Skylar dilahirkan.

“Kami juga pergi bercuti bersama-sama. Saya puas dapat meluangkan masa dengan mereka sebelum aktif berlakon semula,” katanya.
'Siapa gantikan siapa bukan isu' 'Siapa gantikan siapa bukan isu'  Reviewed by Kakigosip on 12:53:00 Rating: 5
Powered by Blogger.