‘Setiap kejadian ada hikmahnya’: Hafiz Hamidun

TERHIMPIT dengan siri kontroversi hebat, Hafiz Hamidun menyifatkan 2017 sebagai tahun paling mencabar.

Bahkan, selebriti berusia 33 tahun ini melihat cabaran ‘luar biasa’ itu bukan sahaja dirasainya tetapi turut dilalui individu di sekelilingnya terutama keluarga.

“Pada saya, tahun ini memberi pengalaman yang sangat berbeza.

“Biar sedaya upaya cuba selesaikannya, namun semuanya berlaku di luar jangkaan dan akhirnya menjadi rumit sekali gus mendapat publisiti meluas,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, pelantun lagu Jodoh Berdua ini menghadapi pelbagai kemelut rumah tangga dengan bekas isterinya, Joy Revfa yang dinikahi pada 1 Mei lalu.

Bagaimanapun, pasangan ini berpisah selepas lima bulan hidup bersama.

Ekoran itu, penyanyi lagu Kasih Padamu ini terus dikecam menerusi laman sosial berkaitan perkahwinan dan perceraiannya itu dan Hafiz sendiri menyedari tindakan itu terjadi lantaran peminat tidak tahu kedudukan sebenar.

“Awalnya, saya pun tak tau macam mana nak explain. Lagipun, saya tak boleh terlalu mengikut emosi kerana dapat nasihat daripada banyak pihak sebelum buat keputusan dan keluarkan kenyataan.

“Lawyer saya pun tak tahu nak buat macam mana kerana bimbang jika terlebih ambil tindakan akan mendatangkan masalah kepada pihak lain pula. Dan... kita sendiri pun tak sangka ia mendapat liputan media yang cukup meluas,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Yang Dinanti ini berharap agar terus diberi peluang dalam menghadapi situasi tersebut.

“Saya tahu, peminat kutuk dan kecam kerana mereka tak tahu. Jadi, bila dah tahu perkara sebenar tapi tetap nak cakap-cakap, terpulanglah. Saya dah move on.

“Namun, saya bersyukur kerana dapat sokongan moral yang kuat daripada keluarga, kawan-kawan dan pelbagai pihak,” katanya.

Hafiz menganggap semua kejadian yang berlaku ada hikmahnya dan menganggap kes ini ialah sebagai pengajaran dan ujian ALLAH yang berjaya ditempuhinya walaupun tidak berakhir dengan kegembiraan.

“Atleast, saya gembira, begitu juga keluarga dan mungkin ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah, semuanya dah selesai,” katanya.

Tidak serik untuk berkahwin lagi, Hafiz mengakui memerlukan sedikit tempoh untuk ke arah itu.

“Bagi relaks dulu. Saya tak tolak jodoh kalau ada dalam masa terdekat kerana ia di luar kuasa kita, cuma, kalau boleh pilih saya kata tunggu dulu. Mungkin selepas setahun nanti,” katanya.

Cuti sambil bekerja
Mahu lupakan kisah peribadi, Hafiz terus merencana kerjaya seninya.


Menurut Hafiz, fokusnya untuk berkarya agak terganggu dalam tempoh tiga bulan

“Tapi, untuk mengalih perhatian, saya perlu lakukan kembali apa yang saya suka. Jadi, saya mula sibukkan diri di studio selain melancong,” katanya.

Bahkan, panyanyi lagu Bukti Cintaku ini sudah pun mempunyai pelbagai perancangan dalam kerjaya seninya demi masa depan.

“Tahun depan, saya akan bercuti sambil bekerja sepanjang tahun. Ia bermula hujung tahun ini.

“Saya akan menjelajah ke Eropah, Afrika, India, Timur Tengah dan Amerika Syarikat sebelum Ramadan nanti.

“Selepas itu, saya akan terbang ke New Zealand, Jepun, Australia dan China. Saya bukan saja nak promosi album baru tapi juga mencari idea baru,” katanya.

Dalam perkembangan lain, lagu ciptaannya, Penyelamat berjaya ke pentas akhir Anugerah Nasyid 2017 (AN17) yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 13 Januari depan.
‘Setiap kejadian ada hikmahnya’: Hafiz Hamidun ‘Setiap kejadian ada hikmahnya’: Hafiz Hamidun Reviewed by Kakigosip on 07:15:00 Rating: 5
Powered by Blogger.