Berita Terkini
recent

Selesa di Jakarta

Selesa menetap di Jakarta, Prisia Nasution, 33, akui tiada masalah untuknya membahagikan masa sebagai seorang isteri dan pelakon. Berkahwin dengan pelakon Malaysia, Iedil Putra, pasangan itu belum terfikir untuk berpindah ke sini.

“Kami tidak ada masalah mengenai tempat tinggal. Setakat ini masing-masing masih boleh berulang- alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta dan begitu juga sebaliknya.

“Jika saya ada kerja di sini, Iedil akan berada di sini dengan saya dan jika dia ada kerja di Kuala Lumpur, saya akan menyusul ke sana, itu pun kalau salah seorang daripada kami tidak sibuk.

“Kalau sama-sama sibuk, kami akan memastikan ada harinya kami dapat meluangkan waktu bersama-sama,” katanya yang turut berlakon dalam filem Interchange.

Lebih setahun berkahwin, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata dan ia sedikit pun tidak memberi tekanan kepada mereka.

“Kami tidak pernah merancang soal anak. Saya serahkan semuanya kepada Allah SWT. Cepat atau lambat kami terima saja,” katanya.

Terdahulu, Prisia sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan tidak dikurniakan anak.

Drama bersiri online

Dalam pada itu, bercakap mengenai perkembangan seni lakonan, Prisia turut terbabit dalam drama bersiri online bertajuk The Publicist. Drama bersiri 13 episod itu boleh ditonton di saluran www.viu.com dan adalah lakonan pertama Prisia menerusi drama online.

“Saya akui teruja kerana kali pertama dapat berlakon dalam drama online. Sebelum ini pernah juga saya ditawarkan, tetapi disebabkan sibuk dengan filem dan drama bersiri TV, saya terpaksa tolak.

“Malah watak saya sebagai Julia dalam siri itu juga sangat mencabar kerana dia perlu berdepan dengan banyak masalah, tidak hanya di tempat kerja juga dengan masalah peribadi,” katanya.

The Publicist ditayangkan sejak 22 November lalu. Drama bersiri arahan Monty Tiwa itu turut dilakonkan Adipati Dolken, Baim Wong dan Poppy Sovia.

Selain itu, Prisia bakal sibuk di pentas teater bergandingan dengan suaminya, Iedil untuk teater yang masih belum diketahui tajuknya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.