Berita Terkini
recent

Selepas Berhabis RM10,000 Baru Rasa Menyesal

Perkongsian Elfira Loy menerusi satu video mengenai pengalamannya berbelanja membeli barangan alat solek dan kecantikan berjenama di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini telah mengundang pelbagai reaksi dan komen kalangan netizen.



Ada yang cemburu dengan pelakon dan pengacara popular ini kerana kemampuannya membeli pelbagai barang solekan yang menjadi idaman kebanyakan para gadis. Namun ada yang menyifatkan sikap tunang kepada penyanyi Sufian Suhaimi ini sebagai membazir.

Memetik laporan BH online, Elfira berkata dia gembira kerana berkesempatan berkunjung ke kedai tersebut. Namun jelasnya, sebenarnya ada antara barang-barang itu di pesan oleh kawan-kawannya.

"Saya pergi ke Los Angeles untuk sebuah acara tetapi sempat membeli-belah di sebuah kedai alat solek... Memang itulah yang saya mahu lakukan.

"Selama sejam di kedai itu, saya berbelanja hingga hampir RM10,000. Tak tahulah kenapa jadi begini. Tetapi apabila sampai di kaunter pembayaran, saya tak boleh nak patah balik... Jadi kita terima sahajalah.

"Banyak barang yang orang cadangkan dan banyak barang yang orang kirim...," katanya.

Terdahulu, klip video yang dimuat naik Elfira di saluran miliknya, Twinkel TV pada laman YouTube hangat diperkatakan netizen gara-gara pengakuannya berbelanja hampir RM10,000 selama sejam membeli-belah di sebuah kedai kecantikan di Los Angeles.

Namun, pada penghujung klip video itu, Elfira mengaku menyesal berbelanja sebegitu banyak untuk barangan kecantikan yang menjadi kesukaannya.

"Saya fikir, saya sudah terlalu banyak membuat reviu barangan dan rasa menyesal dalam hati. Kenapa beli-belah banyak sangat! Tak nak beli alat solek dah!" selorohnya.

Setakat ini, klip video itu mencatat lebih 300,000 tontonan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.