Selamba 'comolot' di IG

Mengucap panjang Cik Pang apabila melihat foto seorang artis wanita berstatus janda dengan beraninya bercium mulut dengan kekasihnya yang dihantar teman Cik Pang menerusi WhatsApp, minggu lalu.

Kata teman Cik Pang, foto itu dimuat naik artis itu ke laman sosialnya, dipercayai dilakukan ketika dia dalam keadaan mabuk dan khayal. Bagaimanapun, foto itu cepat-cepat dipadam selepas beberapa saat dikongsi. Namun, teman Cik Pang sempat tengok dan ‘screen-capture’ foto itu dan hantar kepada Cik Pang.

Cik Pang difahamkan, artis jelita itu semakin bersikap liar sejak bercerai dengan suaminya kira-kira beberapa bulan lalu.

Bukan itu saja, dia juga didakwa sudah mula berjinak-jinak dengan dadah jenis kokain. Ada juga beberapa teman yang berjiran dengan si artis mendakwa, dadah jenis itu kelihatan bersepah di atas meja di rumahnya yang didiami seorang diri.

Dalam kejahilan buat benda terkutuk, pandai pula hantar anak-anak ke rumah ibu untuk dijaga sekali gus memudahkan dia melakukan perbuatan terkutuk tanpa dilihat ahli keluarga.

Ikutkan banyak lagi aktiviti terkutuk pernah dilakukan tetapi berjaya disembunyikan di sebalik wajah ‘tidak bersalah’ dan kata-kata nasihat dalam laman sosial. Pendek kata, pijak semut pun tak matilah!

Dalam hal ini, Cik Pang hanya terfikirkan nasib dan masa depan anak-anaknya. Bagaimanalah kehidupan mereka jika si ibu terus berkhayal dalam kehidupan yang sesat?

Nak salahkan bekas suami pun tidak boleh juga sebab Cik Pang difahamkan, si artis itu sendiri meminta cerai kerana berasakan bekas suaminya tidak mampu memenuhi keperluannya yang gemar bermewah.

Cik Pang doakan semoga artis terbabit cepat insaf dan diberikan kesedaran. Pintu taubat sentiasa terbuka selagi Allah masih beri nyawa dan masa buat kita.
Selamba 'comolot' di IG Selamba 'comolot' di IG Reviewed by Kakigosip on 18:44:00 Rating: 5
Powered by Blogger.