Sebab saya tak ada kontroversi kot...

JIKA diikutkan, Nazrief Nazri memiliki pakej lengkap dan laluan mudah untuk mencipta nama dalam industri hiburan.

Tambahan pula, pelakon berusia 26 tahun ini juga merupakan antara 23 finalis Hero Remaja 2011/2012.



Namun, entah di mana silapnya, Nazrief dilihat kurang menyerlah berbanding rakan seperjuangan seperti Fattah Amin, Saharul Ridzwan dan Syafiq Kyle.


Mengakui tidak cemburu, anak jati Negeri Sembilan ini sebaliknya tumpang berbangga dengan kejayaan rakan-rakannya itu.

"Saya tak cemburu atau dengki tapi bangga dengan mereka. Mungkin masa mereka telah tiba. Satu masa nanti, masa saya pula.

"Lagipun, saya juga berada di tapak yang sama. Jadi, kejayaan mereka menjadi motivasi untuk saya terus berjaya," katanya pada Sinar Harian.

Pada masa sama, pelakon Pengancam Perkahwinan ini tidak menolak kontroversi turut membantu menaikkan nama seseorang artis.

"Saya tak nafikan, ia memang memberi impak besar terhadap kerjaya artis.

"Mungkin saya tak ada kontroversi kot, itu yang nama tak naik (ketawa)," katanya.

Pun begitu, Nazrief percaya dan yakin dengan rezeki yang ditetapkan ALLAH SWT.

"Kita ada garis-garis masa tertentu. Ada yang cepat dan ada yang lambat dikenali.

"Apa yang penting, saya sentiasa berikan kesungguhan dalam setiap kerjaya seni dan selebihnya serahkan pada Tuhan.

"Insya-ALLAH, setiap yang berlaku ada hikmahnya," katanya.
Sebab saya tak ada kontroversi kot... Sebab saya tak ada kontroversi kot... Reviewed by Kakigosip on 07:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.