Berita Terkini
recent

'Saya doa depan kaabah Azmin menang besar'

Adik mana yang tidak mahu melihat kejayaan abangnya. Begitu jugalah personaliti Azwan Ali yang tidak pernah lupa untuk mendoakan kejayaan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, lebih-lebih lagi dalam pilihan raya.

“Saya doa depan Kaabah dia menang besar dalam PRU13 lalu. Sebagai adik, saya mahu tengok dia berjaya.

“Alhamdulillah, ALLAH SWT mendengar doa dan rintihan saya, dan memberi kemenangan buat dia dan Pakatan Rakyat di Selangor,” katanya kepada Sinar Online.

Tidak hanya menang, malah abangnya itu turut dipilih sebagai Menteri Besar Selangor  menggantikan Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat dari PKR.

Namun, katanya, itu cerita lama di mana perkara itu tidak akan berlaku lagi.

“Itu dulu... tapi lepas apa yang dia buat pada saya, adik dia sendiri, saya tak akan lupa. Hanya ALLAH SWT yang akan membalasnya.

“Perbuatan dia sangat melampau dan tidak boleh dimaafkan. Tiada lagi doa untuknya,” katanya.

Mengakui sedih dan sakit hati dengan apa yang dilakukan abangnya itu, Azwan kini beralih tumpuan dengan membantu Umno dalam misi menewaskan Mohamed Azmin pada PRU14 akan datang.

“Segala perkara benar akan terbongkar tidak lama lagi. Saya percaya setiap keburukan akan terbongkar juga.

“Saya tak takut kerana saya kenal siapa abang saya. Orang hanya melihat dari luar, tapi saya hidup dengan dia lebih 50 tahun,” ujarnya lagi.

Kisah adik beradik ini pernah menjadi tular beberapa tahun lalu dan kemuncaknya Azwan tidak hadir pada majlis pengkebumian Allahyarham ibunya, Che Tom Yahaya awal tahun ini.

Azwan berkata, dia punya alasan tersendiri untuk tidak hadir namun doanya sebagai anak tidak pernah putus untuk Allahyarham ibunya.


Azwan sebelum ini mengakui kisah keluarganya mampu dijadikan bahan untuk berkempen pada PRU14.

Menurutnya, sudah tiba masanya rakyat mengetahui sisi sebenar seorang yang bergelar Menteri Besar yang juga abangnya, Mohamed Azmin.

“Saya hanya cerita kebenaran yang orang tak nampak selama ini. Saya berdendam dengan abang saya bukan kerana dengki atau apa, tetapi saya sudah tidak mampu bersabar lagi,” katanya secara eksklusif kepada Sinar Online.

Selama lima tahun Azwan berkata, dia membantu abangnya itu berkempen, namun usahanya tidak mendatangkan kebaikan kepada dirinya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.