Satu Malaysia kena 'game' dengan Nabila Razali

KONTROVERSI yang melanda Nabila Razali dengan pelakon, Aedy Ashraf ternyata hanya gimik yang dicetuskan semata-mata untuk menjayakan muzik video lagu Pematah Hati.

Walaupun kena 'game', tetapi apabila meliha muzik video yang lain dari lain itu, hati rata-rata netizen menjadi sejuk.

"Walaupun kena 'game' takpelah, aku 'still' sokong lagu ini. 'Catchy' kot walaupun ada kawan 'annoying' dengan part 'cumi cumi cumi' tu.

"Tapi bagi aku masih menarik kat halwa telinga aku ni," tulis Ekin.

Dalam pada itu, ada juga memuji gimik dilakukan pihak Nabila dalam mempromosikan lagu tersebut seperti Annuar Syamil.


"Ini muzik video terbaik untuk tahun 2017, mula-mula acah 'sweet couple' pastu gaduh. Siap buat video lagi tu nak 'game' netizen.

"Sekali semua tu gimik. Level pemasaran terbaik punya," tulisnya.

Turut menyokong, Nurul Erranatash dan Nuqman Syafiq

"Serius 'kaw' lakonan Aedy Ashraf dan Nabila Razali. Meletop pemasaran lima bintang punya!

"Kelakar sebab kena 'game' dengan permainan dia orang ini tapi memang menjadi, tahniah kerana pandai memanipulasi minda peminat," tulis Nurul.

"Aku rasa satu Malaysia dah kena 'game' dengan Nabila tapi strategi pemasaran dia tu paling cun!

"Strategi itu akan menaikkan nama Nabila lagi untuk single kedua dia nanti," tulis Nuqman.

Sementara itu, tanda tanya peminat turut terjawab apabila Aedy kelihatan biasa sahaja dengan kontroversi melanda mereka berdua itu.

"Alahai, patutlah Aedy selamba ja 'like' Nabila punya 'post' di Instagram," tulisnya.

Terdahulu, Nabila menjelaskan setiap status yang berkaitan dengan 'hubungan cinta mereka' yang dimuat naik melalui status di Instagramnya, adalah lakonan semata-mata.
Satu Malaysia kena 'game' dengan Nabila Razali Satu Malaysia kena 'game' dengan Nabila Razali Reviewed by Kakigosip on 04:28:00 Rating: 5
Powered by Blogger.