Sangeeta takut berlakon di samping Bront Palarae

MENGGANGGAP masih baru dalam industri seni, Sangeeta Krishnasamy mengakui sangat mengagumi lakonan aktor terkenal, Bront Palarae.

Bahkan, selebriti berusia 32 tahun ini juga merupakan peminat setia kepada bintang filem Terbaik Dari Langit itu.

"Dia memang ada aura tersendiri. Berikan apa saja watak, cara dia bawa memang kaw-kaw lah," katanya pada Sinar Harian.



Lantaran itu, bintang filem Adiwiraku ini tidak menolak apabila ditawarkan untuk berlakon bersama idolanya itu.

Bukan sahaja bergandingan dengan Bront, katanya, filem yang masih belum berjudul itu turut dibintangi Remy Ishak dan Susan Lankester dan bakal diarahkan Zulkarnain Azhar.


"Saya memang tanam impian untuk berlakon dengannya, satu hari nanti. Tapi, tak sangka pula, peluang itu datang secepat ini.

"Saya baru saja terima skripnya dan ia genre aksi tapi tawaran ini hadir sejak tiga bulan lalu," katanya.

Biarpun teruja, bintang filem Adiwiraku ini mengakui takut untuk bergandingan dengan ramai pelakon hebat terutama Bront.

"Saya risau, sebab saya harus cepat belajar dan lakonan mereka pula hebat.

"Macam Bront, dia ada aura lain, jadi saya perlu sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

"Saya takut sebab saya perlu setanding dia. Kalau tak, jurang akan ketara sangat nanti," katanya.

Bagaimanapun, katanya, peluang itu juga sebenarnya membuka matanya untuk terus memperbaiki mutu lakonan pada masa depan.

"Saya lihat Bront sangat well prepared. Bila berlakon dia benar-benar memberi jiwa sepenuhnya.

"Secara tak langsung, saya juga dapat belajar dan perbaiki diri terutama daripada cara lontaran dialog dan perwatakan," katanya.
Sangeeta takut berlakon di samping Bront Palarae Sangeeta takut berlakon di samping Bront Palarae Reviewed by Kakigosip on 07:12:00 Rating: 5
Powered by Blogger.