Sajat tidak kisah orang kecam menyanyi


USAHAWAN Kosmetik, Nur Sajat meluahkan bahawa dia tidak kisah dikecam kerana menyanyi.

Menurutnya, apa yang penting baginya adalah publisiti yang diterima untuk lagu duetnya bersama Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman diterima ramai.

"Bagi Sajat sendiri, view dan publisiti yang diterima lebih penting daripada 'like' atau 'dislike'.


"Masa mula-mula ditawarkan berduet pun perkara pertama saya tanya ialah 'tak takut kena kecam ke?' tapi hanya senyuman yang diterima jadi saya setuju sajalah,"katanya ketika ditemui di pelancaran Abang Nak Tegur di Flora Terrace, hari ini.

Dalam pada itu, Sajat juga mengatakan dia tidak begitu melayan komen-komen netizen.

"Tak semua orang suka dengan apa yang kita buat dan kita tak boleh puaskan hati semua pihak, mereka pun macam tiada 'life'.

"Jadi Sajat ambil pendekatan tidak kisah dan lebih jaga hati ibu bapa dan orang yang sayangkan Sajat sahaja,"katanya lagi.
Sajat tidak kisah orang kecam menyanyi Sajat tidak kisah orang kecam menyanyi Reviewed by Kakigosip on 20:05:00 Rating: 5
Powered by Blogger.