Rita selamat lahirkan anak keempat

PEMILIK Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, Rita Sosilawati selamat melahirkan anak lelaki pada jam 7.21 malam tadi.

Perkara gembira itu disampaikan suaminya Kamarulazlan Mohamad Hanafiah.

“Alhamdulillah jam 7.21 malam 19 Disember 2017, isteri saya telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki kami secara normal dan seberat 3.2 kilogram.

“Isteri serta baby berada dalam keadaan sihat dan selamat,” katanya.

Kamarulazlan turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga, sahabat-sahabat dan semua yang telah mendoakan keselamatan dan kesihatan isterinya.

Pasangan ini sebelum ini sudah dikurniakan tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan.
Rita selamat lahirkan anak keempat Rita selamat lahirkan anak keempat Reviewed by Kakigosip on 06:37:00 Rating: 5
Powered by Blogger.