Berita Terkini
recent

Richa dikejar peminat

Sikap obses peminat terhadap selebriti boleh membahayakan keselamatan mereka dan orang lain.

Baru-baru ini pelakon filem Goliyon Ki Rasleela Ram-Leela dan Jia Aur Jia iaitu Richa Chadha terkejut dengan tindakan peminat mengejarnya dengan basikal di jalan raya Bandra yang sibuk.

“Saya sangat takut dan risau ketika itu. Tindakan peminat membahayakan keselamatan mereka dan mengganggu pengguna jalan raya lain, lebih-lebih lagi pejalan kaki.

“Jangan harap saya nak berhentikan kenderaan untuk bergambar dengan mereka,” kata Richa.

Aktres itu bakal muncul dengan filem Fukrey Returns di samping Ali Fazal, Varun Sharma, Manjot Singh dan Pulkit Samrat.

November lalu, polis Mumbai memberi amaran kepada aktor Varun Dhawan yang berswafoto dengan peminat dari dalam keretanya.

Varun memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.