Berita Terkini
recent

Rezeki bergolek Kin Wah

REZEKI berganda buat pelakon Malaysia yang kini membina nama di Indonesia, Chew Kin Wah, 52, apabila namanya tercalon sekali lagi, kali ini untuk kategori Aktor Peran Pendukung Terbaik di Anugerah i-Cinema (i-Cinema Awards) 2017.

i-Cinema Awards adalah acara anugerah perfileman yang mengangkat karya filem Indonesia melalui ruangan siber.

"Ini kali kedua dicalonkan dalam anugerah sama. Tahun lalu melalui filem My Stupid Boss. Syukur kerana tercalon sekali lagi. Saya hanya berlakon sahaja.

"Dari senarai nama yang tercalon, mereka bukan pelakon yang main-main. Mereka semua hebat!," katanya ringkas.

Chew Kin Wah yang tercalon hasil lakonan berkesan melalui watak Koh Afuk dalam filem Cek Toko Sebelah bakal berentap dengan Alex Abbad (filem Night Bus), Egi Fedly (Marlina Si Pembunuh Dalam Empat Babak), Ganindra Bimo (Moemar Emka's Jakarta Undercover) dan Yoga Pratama (Marlina Si Pembunuh Dalam Empat Babak).

Senarai pencalonan itu diumumkan di laman sosial Twitter rasmi @iCinemAwards, kelmarin.

Pelakon filem Interchange dan Cinta Kura-Kura itu baru sahaja menggondol Aktor Pendukung Pilihan Tempo di Festival Filem Tempo (FFT) Jakarta pada Isnin lalu.

Malah, dia pernah dinobatkan Pameran Pendukung Pria Terbaik melalui filem sama di Indonesian Box Office Movie Awards 2017 (IBOMA 2017) yang berlangsung pada Mac lalu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.