Berita Terkini
recent

Review Ayrahana Hijab : Bau Wangi Sampai 3 hari



Assalamualaikum semua

Bulan Disember ni, Nanie memang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Ni pun dah masuk 3 minggu tak balik Johor sebab on weekend ada event dan projek yang perlu diselesaikan. Takpe, sabar ye mak ayah... akhir bulan kita cuti panjang kan.

Bercakap pasal sibuk dengan urusan kerja, ditambah pulak musim hujan kemain sekarang ni... Nanie memang tak akan lupa perfume! Uiiii kerja selalu jumpa orang ni memang perlukan confident yang tinggi tau. Janganlah ada sleck sana sini. Gigi ada selit lada ke, bau badan tak selesa ke... memang malu.

Sebab tu, hari ni Nanie nak suggest korang melabur sikit untuk keselesaan diri dan kewangian badan. Ecewah! Betul ni korang. Nanie tak tipu. Nanie ni memang kaki perfume. Nanie kalau beli perfume, biasanya Nanie akan ada satu persepsi, tak ori mesti tak wangi. Tapi... baru ni persepsi Nanie salah!! Totally wrong!!!


100%  SAMA TARAF PERFUME ANTARABANGSA

Pernah dengar Ayrahana Hijab Perfume? Nanie pernah dengar lama dah. Tapi tu lah macam Nanie cakap... Nanie punya persepsi tu yang membuatkan Nanie takut nak cuba. Ayrahana  memang terbaik Nanie cakap. Bau dia memang setaraf bauan antarabangsa tu. Pernah sekali, boss Nanie sendiri ingatkan Nanie guna perfume yang mahal tau. Heheheh.


TAHAN LAMA SAMPAI LEPAS BASUH BAU ADA LAGI!

Sekali sembur tahan lama. Kalau Nanie sembur pagi, sebelah maghrib atau petang tu masih melekat lagi pada baju dan badan. Ada satu tu... tudung Nanie pakai... and after 3 hari Nanie nak cuci semua dah bau perfum Ayrahana Hijb ni tau. Nanie macam tak sangka sehebat tu penangan bau dia!



BOLEH DIBAWA SOLAT

Selain tu, Nanie suka Ayrahana Hijab perfume ni sebab boleh dibawa solat. Alhamdulillah memang terjamin dan diyakini. Kenapa Nanie yakin? Sebab ia adalah produk Bumiputera. Orang kita, kalau buat produk utamakanlah syariat. Insya Allah bukan sekadar menjaga sesama muslim, perniagaan kita juga semakin berkat.


TIDAK PERLU MEMILIH

Untuk perempuan adalah lebih 4 pilihan bau yang semuanya best-best. . Kalau untuk lelaki pulak ada lebih 4 pilihan. Nanie percaya semua wangi-wangi. Mesti korang akan tergoda!



VALUE FOR MONEY!

Dalam keadaan ekonomi sekarang, Nanie pentingkan value. Nanie percaya korang pun sama kan. Jadi pilihan Ayrahana Hijab Perfume sangat tepat. Tak perlu lagi spend sampai tiga empat ratus untuk perfume. Dengan harga RM 55 untuk 4 botol (10ml) korang boleh melaram dengan  ke empat perfumes tanpa perlu memilih. Tak ke berbaloi tu. Bau wangi , tahan lama dan duit kita pun jimat banyak!



TERUS JADI PILIHAN NO.1

So, sekarang ni Nanie memang jadikan Ayrahana Hijab perfume sebagai perfume pilihan No.1 Nanie. Yang penting kita kena yakin dan selesa dengan penampilan diri kita. Bau wangi, barulah orang sayang. Mana tahu jodoh ada.... ye lah jodoh kan di mana-mana...cia...cia...cia!!! :)

Maklumat lanjut & pembelian boleh layari www.ayrahanahijab.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.