Ratapan melampau peminat Jong-hyun ditegur


"PERBUATAN meratap secara melampau dilarang dalam agama Islam," demikian jelas, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berhubung tindakan segelintir peminat Islam yang meratapi kematian Kim Jong-hyun.

Jelas pendakwah itu, tindakan mereka itu dilihat sebagai satu manefestasi daripada ketiadaan dan kelemahan iman umat.

"Perbuatan ini (meratap) dilihat sebagai tidak tahu adab dan akhlak sebagai mukmin," katanya merujuk kepada tindakan peminat Islam yang berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur malam tadi untuk memperingati penyanyi kesayangan mereka Kim Jong-hyun yang mati pada 18 Disember lalu.

Laporan media tempatan menyebut, peminat yang kebanyakan dari kawasan Lembah Klang tidak kira bangsa dilihat meratapi sambil memberi penghormatan terakhir ke atas selebriti Korea yang mati akibat meragut nyawa sendiri.


Sambil menyalakan lilin dan memegang belon, peminat kebanyakannya menitiskan air mata sebak kerana terpaksa ‘melepaskan’ bekas vokalis boy band Shinee itu pergi buat selama-lamanya.

Oleh itu, Ahmad Dusuki mengharapkan agar ibu bapa dan pemerintah memainkan peranan berhubung perkara ini.

"Ibu bapa dan pemerintah mestilah membimbing ummat ini, manakala perbuatan ini usahlah di ulang," katanya.
Ratapan melampau peminat Jong-hyun ditegur Ratapan melampau peminat Jong-hyun ditegur Reviewed by Kakigosip on 10:09:00 Rating: 5
Powered by Blogger.