Rakan selebriti turut tangisi pemergian Jonghyun

SAAT peminat masih lagi terkejut dan bersedih dengan berita kematian ahli grup SHINee, Jonghyun semalam, rakan selebritinya turut merasa perkara yang sama lapor Soompi.

Salah seorang ahli grup tersebut, Minho dilaporkan pengsan sejurus mendapat berita kematian Jonghyun memandangkan mereka berdua sangat rapat.

Selain itu,ahli grup 2PM turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Jonghyun.

"Saya sangat sedih dengar berita ini, tentu banyak keperitan dan kebimbangan yang disorokkan disebalik keceriaan yang sering ditunjukkan Jonghyun. Semoga bersemadi dengan aman," tulis Jun.K

"Saya tak percaya, saya tak mahu percaya," tulis Junho.

"Bersemadilah dengan tenang," tulis Nickhun.

Turut berbuat perkara yang sama adalah ahli kumpulan FT Island.

"Saya sungguh sedih, tangan masih lagi menggigil mendengarkan berita ini. Kami sangat rapat kerana 'debut' pada masa yang sama.

"Saya tidak tahu apa ya.

"Pertama kali tiba di Korea, saya mendengar lagu bertajuk 'Hot Time' (turut dinyanyikan Jonghyun), ia san

"Kerana lagu dan persembahan tersebut, ia memberikan saya semangat untuk  terus berlatih dan berada di atas pentas. Terima kasih memberikan saya kekuatan, selebriti pertama yang saya jumpa di Korea.

"Tidak tergambar perasaan saya sekarang," tulisnya.

Semalam, penyanyi tersebut ditemui mati di kediamannya yang terletak di Cheongdam-dong, Seoul jam 6.30 petang tadi waktu tempatan lapor Channel News Asia.


Pihak berkuasa mengatakan dia ditemui tidak sedarkan diri oleh pihak berkuasa di  dalam sebuah bilik bersama arang batu yang terbakar, satu kaedah bunuh diri biasa di sana.

Lewat petang semalam juga, agensi Jonghyun mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan kematian penyanyi tersebut.

"Hello, ini adalah SM Entertainment, Jonghyun telah meninggalkan kita semua. Dia merupakan artis yang terbaik! Sangat sukakan muzik dan sering melakukan yang terbaik semasa beraksi di atas pentas.

"Dukacita buat kami untuk memberitahu berita sedih ini kepada semua peminat yang menyayanginya," tulis kenyataan tersebut.

Baaimanapun, setakat ini tiada seorang pun rakan selebriti dari agensi yang sama memberikan apa-apa kenyataan mengenai kematiannya namun  begitu banyak majlis dibatalkan bagi memberikan masa berkabung buat Jonghyun.
Rakan selebriti turut tangisi pemergian Jonghyun Rakan selebriti turut tangisi pemergian Jonghyun Reviewed by Kakigosip on 20:00:00 Rating: 5
Powered by Blogger.