Berita Terkini
recent

Produser, pelakon luah kecewa

“DARI awal artis ini tidak berkongsi apa pun bantu promosi drama, artis lain boleh saja,” luah penerbit drama, Fadzil Teh mengenai sikap pelakon drama Misi Laksa & Laksam yang tidak membantu mempromosikan drama itu di laman sosial mereka.

Rasa kecewa Fadzil atau Haji Zeel itu diluahkan di laman Facebooknya.

"Kita tak mau ambil dah artis yang tak mau sokong produk sendiri. Minta promosi pun tak mau. Duit nak mahai," tulisnya di Facebook.

Fadzil ketika dihubungi Harian Metro berkata, pelakon lain tidak berkira membantu promosi sepanjang drama itu bersiaran.

Katanya, dalam kontrak memang tidak dinyatakan setiap pelakon wajib mempromosikan drama lakonan masing-masing tetapi sebagai pelakon mereka perlu sedar ini produk mereka.

“Apabila drama berjaya, sedikit sebanyak membantu kelangsungan kerjaya mereka di stesen TV.

"Dalam soal mempromosikan drama di laman sosial, pelakon tidak perlu mengeluarkan satu sen pun. Semua bahan disediakan stesen TV.

“Mereka hanya perlu kongsi dan uar-uarkan saja. Takkan itu pun nak berkira?" katanya.

Fadzil kecewa kerana pelakon itu langsung tidak membantu mempromosikan drama lakonannya sejak mula bersiaran. Drama yang bersiaran di TV3 ketika ini, berbaki beberapa episod lagi.

“Dari awal memang tidak berkongsi apa pun sebagaimana pelakon lain. Kalau nak dibangkitkan soal bayaran, produksi ikut nilai yang diminta tapi apabila masuk bab promosi kenapa perlu culas. Ini membuatkan saya sedikit ralat," katanya.

Walaupun enggan menyatakan secara tepat siapa pelakon dimaksudkan, tindakan pelakon utama drama itu, Aqasha memuat naik status, seolah-olah menjawab isu dibangkitkan Fadzil.

"Bukan produser je boleh ada kontrak. Pelakon pun boleh buat. Kau bayar aku lambat sehari, aku charge 5 peratus interest.

"Baru dia tahu menggelupur nak cepat. Time offer, call macam esok kiamat. Time bayar, dia yang kiamat," tulisnya di laman Facebook.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.