Priyanka Disenarai Jadi Pengapit Meghan Markle

Hubungan akrab antara aktres Meghan Markle dan Priyanka Chopra secara tidak langsung mencetus spekulasi bahwa pelakon Bollywood yang baru menerima gelaran sebagai Wanita Terseksi Asia itu dikatakan akan dipilih sebagai pengapit di hari perkahwinan sahabatnya itu nanti.

Sejak awal tahun ini, nama Priyanka antara bintang yang selalu disebut-sebut dan menjadi tajuk utama banyak media antarabangsa. Bukan saja perihal kerjaya malah dia di buru paparazi yang cuba mendapatkan kisah peribadinya.

Antara filem Hollywood yang dibintanginya tahun ini ialah Baywatch yang turut membariskan pelakon hebat seperti Victoria Leeds, Dwayne Johnson dan Zac Efron.

Sementara Meghan bertemu dengan bekas Miss World tahun 200 ini di satu acara di Toronto, ketika itu bakal isteri Prince Harry itu sedang menjalani penggambaran drama Suit.

Mereka sempart bergambar berdua dan berkongsi di laman sosial Instagram. Selain, Priyanka juga menulis komen ucapan tahnia kepada Meghan pada hari pengumuman pertunangannya dengan pewaris ke lima takhta British itu.

Priyanka, 35, juga merupakan duta untuk Unicef, justeru ada pihak beranggapa Prinyaka dan Mengahn mungkin mempunyai kepentingan bersama dalam kerja-kerja amal dan kemanusiaan.

Selain itu dua wanita jelita ini sering menggunakan panggilan manja satu sama lain sebagai "my girl" atau "my babe" di media sosial. Sebelum ini, Prinyaka juga ada memberikan komen sekaligus pertahanan rakannya itu apabila Meghan berasa takut dia akan dikenali sebagai teman wanita Harry.

Selain Priyanka Jessica Mulroney juga dikhabarkan akan berada dalam senarai pendek barisan pengapit. Meghan baru-baru ini pernah mempertemukan dia dengan Prince Harry selepas pengumuman dan penampilan pertama mereka di khalayak.

Tidak ketinggalan, Serena Williams juga boleh berada di senarai pendek, kerana kedua-dua mereka berkawan sejak tahun 2014. Seorang lagi teman baik Meghan iaitu pelakon Made in Chelsea, Millie Mackintosh juga termasuk dalam senarai.
Priyanka Disenarai Jadi Pengapit Meghan Markle Priyanka Disenarai Jadi Pengapit Meghan Markle Reviewed by Kakigosip on 12:22:00 Rating: 5
Powered by Blogger.