Berita Terkini
recent

Polis berjaya kenalpasti empat suspek

Polis Johor berjaya mengenalpasti empat suspek dipercayai terlibat dalam kes seorang lelaki maut ditikam dan dilanggar sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya sedang giat menggerakkan usaha bagi mengesan dan menangkap kesemua suspek.

"Polis telah berjaya mengenalpasti empat suspek yang terlibat dalam kes ini, dan usaha bagi mengesan dan menangkap suspek, sedang giat digerakkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata, hasil siasatan dijalankan turut mendapati kenderaan BMW 520i bernombor pendaftaran WB79L terlibat dalam kes berkenaan mengguna nombor pendaftaran bukan miliknya.

Katanya, pemilik asal juga telah berjaya dikesan dan selepas ditemubual, pihak polis mendapati tiada kaitan dengan kes itu.

Beliau turut memaklumkan mangsa meninggal dunia akibat tikaman dan telah disahkan oleh pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA), melalui bedah siasat sebagai 'stab wound to the heart'.


"Mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat terhadap kejadian ini, diminta menyalurkan maklumat kepada Balai Polis terdekat atau menghubungi Hotline Polis Johor di talian 07-2212999 dengan kadar segera," katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.