Berita Terkini
recent

Peserta GV akhir perlu konsisten - Datuk Ramli MS


BAKAL menuju ke pentas akhir, Gegar Vaganza 4 (GV4) terus menguji kekuatan vokal setiap pesertanya.

Justeru, juri tetap program itu, Datuk Ramli MS menasihatkan bintang GV4 supaya terus konsisten memberikan persembahan terbaik.

“Semua peserta yang berjaya ke final perlu bekerja keras kerana 100 peratus dinilai juri profesional. Nak tahu peserta itu nyanyi dengan baik atau tak, ikut persembahan live malam itu.

“Kita sebagai juri bukan main nilai saja. Walaupun point kita hampir sama, tapi bukan bermakna kita berpakat,” katanya kepada Sinar Harian.

Susulan itu, katanya, setiap peserta diberikan lagu lama atau baru yang bersifat konsert muzik.

“Kita sebagai juri perlukan lagu konsert. Lagu CD dan lagu konsert berbeza. Jadi, mereka kena full throttle untuk final.


“Bila live, kita perlukan lagu untuk konsert. Jadi, dalam lagu itu ada kod konsert yang ada semua perkara antaranya tenaga, melodi, kebesaran dan komersial.

“Jadi, bila peserta menyanyi, kita demand semua yang kita nak dan mereka harus perform dan give us everything,” katanya.

Bintang GV4 yang terpilih ke pentas akhir ialah Hazami, Aishah, Firman, Tia Jinbara, Liza Hanim dan Lan manakala gegaran Syura pula terhenti di peringkat separuh akhir. Konsert akhir bakal menyaksikan persaingan sengit menerusi tema Berani Ke Idok 2.0? yang disampaikan secara solo dan battle di antara bintang GV4.

Lagu yang bakal dinyanyikan Hazami ialah Bahagiamu Deritaku (nyanyian asal Hafiz Suip), Aishah (All By Myself -Celine Dion), Firman (Drama King - Duet Meet Uncle Hussein dan Black), Tia Jinbara (Romancinta - Mojo), Liza Hanim (Meniti Titian Usang -Search) dan Lan (Smells Like Teen Spirit - Nirvana).

Pusingan battle pula menyaksikan Aishah bakal membawakan lagu Supergirls (De Fam) Hazami (Amboi - Altimet) dan Firman (Tepi Sikit - Duet Sleeq dan Joe Flizzow). Bagaimanapun, pasangan battle hanya akan diumumkan menerusi kapsul GV4 nanti.

“Kita bukan nak kenakan mereka, tapi untuk setiap pilihan lagu ini, kita tahu mereka boleh buat. Cuma nak atau tak saja. Lagipun, mereka penyanyi profesional! Dan, jika ada benda baru, mereka harus kerja lebih.

“Macam Liza, dia boleh nyanyi lagu itu mengikut versinya atau Lan kita nilai berdasarkan tahap intonasi dan pitching yang betul. Asalkan ia boleh disampaikan dengan baik,” katanya.

GV4 dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Juara GV4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan trofi.

Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam masing-masing bakal membawa pulang wang tunai RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.

Konsert akhir GV4 bakal berlangsung di Studio Pinewood Iskandar Malaysia, Johor Bahru pada 17 Disember depan dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.