Penyanyi Popular Menggatal, Kirim Mesej Lucah

Menerusi laporan BH online, penyanyi baharu Andi Barnadee mendedahkan dia sering diganggu kiriman mesej berbaur lucah daripada seorang penyanyi popular.

Dakwa pemuda berusia 26 tahun itu, boleh dikatakan saban hari mendapat komen dan mesej daripada penyanyi terbabit di laman sosial Instagram.

"Hampir sebulan juga saya diganggu olehnya. Setiap kali saya memuat naik 'Insta Story', dia antara orang terawal memberikan komen yang agak keterlaluan.

"Pada awalnya, saya sangkakan ia hanyalah gurauan. Bagaimanapun, semakin hari semakin menjadi-jadi pula sikap gatalnya," katanya.

Dalam pada itu Andi berharap gangguan tersebut hanyalah gurauan dan berharap agar penyanyi tersebut berhenti daripada meneruskan sikap sebegitu.

"Saya jujurnya berharap semua itu hanyalah gurauan dan jauh sekali hendak melayan nafsunya. Saya harap penyanyi terbabit sedar, tindakannya itu hanya akan mengundang tanggapan buruk kepadanya sendiri," katanya.

Penyanyi Popular Menggatal, Kirim Mesej Lucah Penyanyi Popular Menggatal, Kirim Mesej Lucah Reviewed by Kakigosip on 17:02:00 Rating: 5
Powered by Blogger.