Berita Terkini
recent

Penumpang jumpa kamera pengintip dalam kapal peranginan

Satu keadaan yang menakutkan apabila setiap perlakuan dalam privasi di lokasi percutian dirakam oleh pihak-pihak tertentu.

Sepasang ibu bapa bersama anak mereka yang sedang bercuti di atas kapal peranginan mewah Carnival Cruise Line dari Alabama menemui kamera berkenaan ketika membersihkan bilik penginapan mereka.

Menurut laporan Miami Herald, anak pasangan berkenaan yang berumur 10 tahun menemui kamera terbabit disembunyikan di sebalik wayar peti televisyen.

Pemeriksaan lanjut mendapati kamera berkenaan menyasarkan rakaman atas katil, selain seluruh ruang bilik penginapan terbabit.

Kamera tersebut dilaporkan kamera jenis tanpa wayar (wireless), mempunyai alat penyampai (transmitter) dan antena.


Kata bapa kanak-kanak terbabit, beliau risau mengenai rakaman yang kini mungkin tersebar pada pihak bertanggungjawab, selain kehadiran anaknya juga dirakam.

Selepas berlabuh, keluarga mangsa cepat-cepat melaporkan insiden berkenaan kepada pihak keselamatan.

Bapa mangsa bagaimanapun tidak yakin dengan siasatan pihak keselamatan kapal peranginan terbabit dan mendakwa siasatan tidak membuahkan hasil.

Selain itu, rakaman dari ibu bapa terbabit menunjukkan pihak keselamatan yang memeriksa kamera berkenaan tidak memakai sarung tangan ketika pemeriksaan dibuat.

Pihak kapal peranginan tersebut pula mengeluarkan kenyataan kononnya kamera berkenaan tidak berfungsi.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.