Pemuzik tendang muka wartawan

SEORANG wartawan terpaksa menghabiskan masanya di wad kecemasan selepas ditendang di bahagian muka oleh anggota kumpulan muzik Queens of the Stone Age.

Menurut laporan BBC, Chelsea Lauren juga memuat naik video yang merakam tindakan Josh Homme menendang mukanya dalam satu persembahan malam Sabtu lalu.

Lauren yang akan membuat laporan polis mendakwa Homme 'sengaja' menendang mukanya.



"Saya nampak dia datang, dia pandang tepat pada saya, mengayunkan kakinya ke belakang dan tendang saya di muka sekuat hati," kata Lauren.

Sementara itu, Homme, 44 mengeluarkan kenyataan memohon maaf menerusi akan Twitter kumpulan berkenaan, @qotsa.

Kata Homme, beliau menendang beberapa kelengkapan di atas pentas dan tidak menyedari telah menendang Lauren ketika insiden tersebut.

"Saya memohon maaf dan tidak berniat mendatangkan kecederaan kepada hadirin dan saya harap Lauren menerima permohonan maaf saya.

Tindakan Homme meminta maaf dikritik sebagai 'lemah' oleh teman Homme yang juga merupakan seorang selebriti Anthony Bourdain.

Majoriti peminat Queens of the Stone Age menyokong Lauren dan menyalahkan pemuzik berkenaan.
Pemuzik tendang muka wartawan Pemuzik tendang muka wartawan Reviewed by Kakigosip on 07:33:00 Rating: 5
Powered by Blogger.