Pegang cawan dua tangan, Trump ada demensia?

Tingkah laku Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang memegang cawan dengan dua belah tangan ketika berucap di White House, pada Isnin mencetuskan kebimbangan rakyat AS.

Tindak-tanduk Trump dimuatnaik menerusi Twitter, di mana rakyatnya mula 'mendiagnosis' Trump dan menyifatkan ia sebagai sebagai simptom awal penyakit demensia.

Trump ketika itu menyampaikan ucapan berkenaan strategi keselamatan kebangsaan, sebelum berhenti seketika untuk minum air.

Tindakannya yang mengambil cawan menggunakan dua belah tangan, seperti yang biasa dilakukannya oleh kanak-kanak mencetuskan perbualan hangat oleh netizen.

Demensia secara umumnya adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan fungsi otak yang menyebabkan pengurangan pada keupayaan berfikir dan mengingati, secara perlahan-lahan.

Sebahagian daripada pesakit dementia kurang atau tidak berupaya melakukan aktiviti-aktiviti harian.

Mereka juga sukar untuk menyelesaikan masalah atau mengawal emosi.
Pegang cawan dua tangan, Trump ada demensia? Pegang cawan dua tangan, Trump ada demensia? Reviewed by Kakigosip on 06:54:00 Rating: 5
Powered by Blogger.