Park Bo Gum Terima Anugerah Daripada Menteri

Banyak kejayaan cemerlang yang diraih pelakon sensasi Park Bo Gum sepanjang tahun ini. Tidak hanya menerima anugerah menerusi hasil bakat lakonan, dia juga disenarai sebagai Korea Power Celebrity versi Forbes.



Terbaharu bintang yang mendapat jolokan 'menantu pilihan Korea' ini menerima penghargaan daripada kerajaan negaranya.

Pelakon drama Love in The Moonlight ini telah menerima anugerah Pencapaian Cemerlang pada acara anugerah Kebudayaan Korea anjuran Kementerian Kebudayaan dan Perlancongan Korea yang berlangsung pada November lalu.

Bogum dipilih sebagai penerima anugerah tersebut atas sumbangannya mempromosikan Korea termasuklah secara tidak langsung ketika dia mengadakan acara bertemu peminat di sembila buah negara di Asia termasuk Malaysia (yang diadakan pada Disember tahun lalu).
Park Bo Gum Terima Anugerah Daripada Menteri Park Bo Gum Terima Anugerah Daripada Menteri Reviewed by Kakigosip on 14:17:00 Rating: 5
Powered by Blogger.