Oki Setiana Dewi selamat dikurniakan anak ketiga

PELAKON dan pendakwah dari seberang, Oki Setiana Dewi selamat melahirkan anak ketiganya secara pembedahan, jam 6.30 pagi tadi.

Bintang filem Ketika Cinta Bertasbih itu dikurniakan bayi lelaki dengan berat 3.7 kilogram (kg)  dan panjang 51sentimeter (cm).

Bayi itu kemudiannya diberi nama Ibrahim Muhammad Abdullah.



Berita gembira itu diumumkan melalui akaun Instagram (IG) suaminya, Ory Vitrio.

"Semoga anak ini diberkahi dan dikurniakan kebaikan oleh-Nya, ditetapkanlah hatinya untuk beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

"Jadikanlah dia anak yang sihat, sempurna, cerdas, berilmu dan mengamalkannya.

"Ya ALLAH, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baguskanlah akhlaknya, elokkanlah rupanya, fasihkanlah lisannya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkah pimpinan kami Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi ALLAH Tuhan Semesta Alam," tulisnya.

Oki dan Ory mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan dua anak perempuan iaitu Maryam Nusaibah Abdullah dan Khadeejah Faatimah Abdullah masing-masing berusia tiga dan setahun.
Oki Setiana Dewi selamat dikurniakan anak ketiga Oki Setiana Dewi selamat dikurniakan anak ketiga Reviewed by Kakigosip on 07:20:00 Rating: 5
Powered by Blogger.