Berita Terkini
recent

Nyanyian 'ke laut', Vida mahu belajar vokal

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Vida mengikuti kelas vokal bersama penyanyi Hazami sebagai persediaan untuk single kedua nanti.

Vida yang menghasilkan single I Am Me sebelum ini, kali ini memilih lagu balada.

Katanya, dia sedar vokalnya tidak bagus tetapi mahu lagu keduanya ada perubahan.

“Saya akui vokal tidak bagus, kalau menyanyi pun pasti ‘ke laut’. Apabila mahu menghasilkan lagu kedua, saya perlukan pembaharuan dan peningkatan dari segi nyanyian.

“Memandangkan single kedua ini berentak balada, saya perlukan kelas vokal kerana mahu menyanyikan nada tinggi mengikut kemampuan diri,” katanya.

Kata Vida, dia berjumpa Hazami dan menyatakan hasrat untuk belajar vokal.

Bagaimanapun katanya, buat masa sekarang Hazami sibuk dengan program Gegar Vaganza 4 (GV4) dan dia perlu tunggu.

“Saya yakin lagu ini boleh pergi jauh seperti single pertama. Saya pilih lagu balada kerana minat lagu jiwang atau berentak ala 90-an. Kalau berkaraoke pun, saya pilih rentak ini.

“Kali ini saya bekerjasama dengan komposer lain. Siapa komposer itu, biarlah saya rahsiakan dulu.

“Insya Allah kalau semuanya berjalan lancar, lagu ini bakal dilancarkan tahun depan,” katanya.

Vida juga memuji lagu nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat, Abang Nak Tegur.

“Secara peribadi saya suka lagu ini meski mendapat ‘dislike’ tinggi di laman YouTube. Bagi saya, apa saja maklum balas orang ia tetap satu bentuk promosi.

“Sebagai rakan seperjuangan, saya menyokong keputusan mereka merakamkan lagu. Tidak timbul istilah mereka ingin bersaing atau mencabar lagu saya. Setiap lagu ada kelebihan dan keunikan tersendiri.

“Saya juga tidak sabar melihat hasil muzik video lagu ciptaan Edry KRU itu yang khabarnya menjalani penggambaran di luar negara,” katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.