Berita Terkini
recent

Norman teruja bakal dapat anak keenam


TAHNIAH buat pasangan selebriti iaitu Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang bakal mendapat cahaya mata keenam. 

Menurut Norman, jika mengikut kiraan doktor, Memey akan bersalin pada bulan Ogos tahun hadapan.  Ketika ini Memey sedang hamil dalam lingkungan tujuh minggu. 



"Walaupun saya antara orang terakhir yang tahu tetapi naluri itu saya macam dah boleh baca.  Sebabnya saya jadi terlalu cerewet dan tak boleh tengok benda bersepah macam anak kedua dahulu. Rupanya jangkaan saya betul. 

"Saya dah cakap awal-awal dengan Memey, kalau saya 'berangin' sikit jangan marah sebab itu saya anggap seperti pembawakan budak sahaja," ujar Norman jujur. 

Norman berdoa agar kehamilan Memey kali ini dipermudah, bayi sihat, sempurna cukup sifat luaran dalaman serta patuh pada ALLAH. 

"Saya tak kisah lelaki atau perempuan.  Yang penting kedua-dua ibu dan anak sihat walafiat," jelasnya.

Hot Papa ini sudah mempunyai lima orang cahaya mata. 

"Jika ikutkan Memey dia mahukan ramai anak macam adik beradik dia.  Tapi saya cakap, perlahan-lahan kita ikut kesesuaian zaman. 

"Memey nak anak ramai sebab dia berfikiran senang jaga kami bila dah tua nanti.  Kalau tiga orang tak balik ke rumah masa raya, ada tiga orang lagi yang akan pulang. 

"Apa pun rezeki anak ini saya terima dan saya minta agar diberi kesihatan dan kekuatan untuk membesarkan anak-anak saya ini," ujar Norman lagi.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.