Berita Terkini
recent

Niat Nak Bantu Lelaki Yang Ada Masalah Kurang 'Kuat'

Pelawak Tauke menjelaskan idea untuk mengusahakan produk ubat kuat keluarannya bertujuan mahu membantu kaum adam terutama bagi yang malu untuk bertanya mengenai masalah dan perihal peribadi lelaki.

Lapor mStar online, Tauke mula mengusahakan produk berkenaan pada pertengahan tahun lalu dan akan dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.

"Saya dapat idea pertengahan tahun lalu dan mengusahakannya dengan seorang rakan.

"Ini adalah masalah lelaki yang malu untuk bertanya, jadi saya fikir ingin membantu kaum Adam sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Akuinya, selepas memuat naik beberapa foto mempromosi produk berkenaan, dia menerima banyak respons daripada lelaki yang mempunyai masalah berkenaan.

"Perkara ini boleh menjadi punca pergaduhan dalam rumah tangga dan saya suka nak membantu mana-mana yang mempunyai masalah tersebut.

"Ramai juga yang hantar mesej kepada saya bertanya tentang masalah lelaki selepas mereka tahu saya jual ubat ini. Saya tidak kisah yang mana boleh bantu kita cuba bantu," ujarnya

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.