"Netizen Tak Perlu Menyibuk Apa Saya Buat"

Iqram Dinzly kembali mencuri perhatian menerusi perkongsian di Instagram 'live' menunjukkan beberapa aksi pelik yang sekaligus mengundang kecaman sesetengah pengguna media sosial. Rata-rata menanggap pelakon ini kurang waras dan sengaja menunjukkan kelakuan berbaur lucah.

Lapor Harian Metro, Iqram bagaimanapun tidak mempedulikan kritikan tersebut sebaliknya menyifatkan sesetengah netizen yang mengkritik dirinya itu bersikap busuk hati.

"Tiada apa yang pelik dan netizen tidak perlu menyibuk apa saya buat. Mereka bukan Tuhan untuk menilai saya,” kata pelakon Iqram Dinzly, 36, mengenai perilakunya dikatakan kian pelik oleh netizen ketika ‘live’ di akaun Instagram miliknya.

"Nama pun pelakon apa salahnya saya bermain dengan teknik lakonan di alam maya. Mereka yang mengecam ini bersifat busuk hati," katanya.

"Tiada apa yang pelik dan saya menjadi diri sendiri, Saya hanya makan epal hijau dan buah-buahan di kediaman saya dinamakan Talaqqi Dinzly Studio.

"Tambah pula saya mengambil aura dan semangat arwah bapa kerana tempat itulah dia selalu makan dan menghabiskan masanya,” katanya kepada Harian Metro.

Iqram berharap netizen berhenti fikir bukan-bukan mengenai dirinya kerana kehidupannya semakin bahagia selepas segala pengajaran dan ilmu yang ditimba dengan guru yang bersamanya selama ini.

Iqram turut memaklumkan dia kini mahu dikenali sebagai Princhiqy Dinzly.

"Jangan panggil saya Iqram. Saya mahu dikenali dengan nama Princhiqy sekarang ,” katanya.

Perangai pelik Iqram mula diperkatakan sejak Oktober lalu apabila sering berkongsi gambar di Instagram termasuklah swafoto bersama bapanya ketika sakit serta gambar di tanah perkuburan arwah bapanya sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif.

Bapanya, Muhammad Saipuddin Datuk Seri Ahmad Said meninggal dunia 10 Oktober lalu kerana penyakit diabetes dan darah tinggi serta diserang angin ahmar.

"Netizen Tak Perlu Menyibuk Apa Saya Buat" "Netizen Tak Perlu Menyibuk Apa Saya Buat" Reviewed by Kakigosip on 17:42:00 Rating: 5
Powered by Blogger.