Neelofa kena banyak keluar dating kot....

MASIH lagi hangat cerita mengenai pelakon, pengarah, pengacara dan usahawan berjaya Neelofa. 

Terbaru ceritanya yang dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia mendapat perhatian ramai. 

Kejayaan Neelofa nyata memberi inspirasi kepada ramai rakan-rakan artis termasuklah Alif Satar, gandingannya di dalam drama bersiri Red Velvet. 

"Wow itu sahaja yang Alif boleh cakap mengenai Neelofa. Mengagumkan," ujarnya ringkas dan padat. 

       
Bagi Alif sendiri dia menganggap Dewi Remaja 2010 ini sebagai seorang yang sangat komited dan fokus dengan kerja. 

"Alif dah agak lama kenal Neelofa, ketika itu kami sama-sama di Astro. Kami kongsi studio yang sama. 

"Kemudian bila kami sama-sama berlakon dalam Red Velvet, tak boleh dinafikan, Alif tengok dia sangat komited dengan kerja. 

"Bayangkan dengan kesibukan dan jadual Alif, kemudian dia pula dengan penggambaran, syarikat, tugasan keluar negara dan ketika itu macam-macam orang kata tapi dia masih kekal fokus, itu yang penting. 

       
"Jadi dengan apa yang dia capai sekarang, dia memang layak, tahniah," jelas Alif. 

Tambah Alif, kejayaan Neelofa ini secara tidak langsung turut menaik taraf pandangan orang ramai terhadap golongan artis. 

Pun begitu, apabila diusik tentang kisah cinta dan jodoh Neelofa, Alif secara berseloroh berkata, "hah tu la, mungkin Neelofa terlalu asyik berkerja sangat. Kena keluar dating banyak sikit...," usik Alif.
Neelofa kena banyak keluar dating kot.... Neelofa kena banyak keluar dating kot.... Reviewed by Kakigosip on 06:15:00 Rating: 5
Powered by Blogger.