Mufti Wilayah Ambil Berat Isu Kelakuan Pelik Iqram Dinzly

Perlakuan pelik Iqram Dinzly di laman sosial yang mencetuskan kontroversi sejak kebelakangan ini turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.



Lapor BH online, Zulkifli menulis surat terbuka kepada aktor itu supaya tidak mengendahkan kecaman netizen.

Menerusi perkongsian dimuat naik di Facebook Mufti Wilayah Persekutuan, beliau berkata, cemuhan yang dilemparkan oleh netizen secara tidak langsung boleh memberi tekanan kepada Iqram dan dirinya perlu bertenang dalam menempuh ujian itu.

"Berkenaan hal yang berlegar di media sosial, kami mengambil sikap berkecuali kerana kami tidak tahu keadaan yang sebenar.

"Dalam masa yang sama, kami mengambil maklum akan cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadap saudara.

"Nasihat kami, cemuhan berkenaan tidak perlu dipedulikan dan diambil perhatian kerana sejujurnya ia akan lebih memberikan tekanan kepada saudara," katanya.

Sejak kebelakangan ini, Iqram mencuri perhatian ramai dengan pelbagai perlakuan pelik dan ada kala menyinggung sensitiviti masyarakat.

Kelakuannya mencetuskan kecaman netizen terhadap beliau, dengan sebahagiannya beranggapan pelakon itu tidak lagi waras.

Sementara itu, Iqram turut dinasihatkan untuk mendekati al-Quran dan memperbanyakkan mengingati Tuhan.

Pada masa sama, Zulkifli kagum dengan aktor itu yang turut berzikir dalam video beliau.

"Dinasihatkan saudara supaya mendekati al-Quran, begitu juga zikir. Kami ada menonton beberapa video 'live' saudara yang menunjukkan saudara adalah seorang yang melazimi zikir.

"Itu adalah hal yang amat baik kerana hanya dengan mengingati Allah SWT, jiwa akan menjadi tenang," katanya.

View image on Twitter
View image on Twitter

Dr. Zulkifli alBakri
@drzul_albakri
Sekadar ingin menghulurkan salam perkenalan.

2:05 PM - Dec 27, 2017
 9 9 Replies   1,404 1,404 Retweets   1,159 1,159 likes
Twitter Ads info and privacy
Dalam entri sama, Zulkifli turut mengucapkan takziah dan mendoakan aktor itu supaya sentiasa sabar serta tabah mengharungi dugaan sejak pemergian bapanya, Oktober lalu.

Malah, pihaknya juga mengalu-alukan kedatangan Iqram ke pejabatnya di Putrajaya jika mahu berbincang dan berkongsi situasi yang dilaluinya itu.

"Kami percaya, saudara Iqram dan mama, amat tabah menghadapi ujian ini. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iqram sekeluarga. Kami juga yakin, Iqram mampu menjaga mama dengan sebaiknya setelah pemergian papa yang dikasihi.

"Akhir kalam, kami menjemput saudara Iqram untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain, juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan saudara.

"Mungkin ada sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan. Boleh hubungi kami melalui Twitter @drzul_albakri atau Instagram @drzulkifli.albakri.

"Semoga Allah memberikan ketabahan kepada saudara dalam menempuh ranjau kehidupan dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Amin," tulis Zulkifli.
Mufti Wilayah Ambil Berat Isu Kelakuan Pelik Iqram Dinzly Mufti Wilayah Ambil Berat Isu Kelakuan Pelik Iqram Dinzly Reviewed by Kakigosip on 21:17:00 Rating: 5
Powered by Blogger.