Momen Bantu Usung Jenazah di Makkah Sangat Berharga - Alif

Penyanyi dan pelakon Alif Satar menyifatkan pengalaman menjadi salah seorang yang membantu mengusung jenazah di tanah suci Makkah baru-baru ini sangat berharga sekaligus banyak mengingatkan beliau dengan 'kehidupan selepas kematian'.

Lapor Sinar Harian online, pelakon dan penyanyi itu berkata, tiada perkataan yang boleh mengambarkan 'keindahan' suasana ketika itu.

"Rasanya sangat 'wonderful', rasa sesuatu yang orang lain tak pernah rasa.

"Kalau diingati semula, satu pengalaman baharu kerana disana orang akan berebut-rebut untuk mengusung jenazah," kongsinya.

"Rasa sebak sangat, kita akan ingat akan mati dan berdoa agar kematian kita nanti ada yang mahu berebut-rebut mengusung jenazah kita, kalau dilihat seperti satu anugerah jika meninggal dunia di Makkah.

"Terfikir macam manalah kalau mati nanti, bersediakah kita dan macam mana 'dunia' di sana nanti," katanya.

Terdahulu, video perkongsian Alif sedang membantu mengusung jenazah di Mekah menjadi tular di media sosial. Perkongsian tersebut dibuat Alif pada tiga hari lepas dan telah ditonton sebanyak 1.3 juta kali oleh pengikut laman sosial Instagram.

Tambah pelakon drama Dia Semanis Honey ini, dia mendapat laluan untuk membantu mengusung jenazah atas dorongan seorang temanya yang berada di Makkah.

"Kawan saya tanya, pernahkah saya mengusung jenazah di Makkah, saya kata tak pernah...jadi dia bawakan saya ke 'tempatnya'.

"Dia pesan dekat saya lepas sahaja habis solat (solat zuhur ketika itu), cepat lari pergi ke kawasan 'gate', sebaik sahaja gate dibuka kau terus masuk," kongsinya.
Momen Bantu Usung Jenazah di Makkah Sangat Berharga - Alif Momen Bantu Usung Jenazah di Makkah Sangat Berharga - Alif Reviewed by Kakigosip on 14:11:00 Rating: 5
Powered by Blogger.