Berita Terkini
recent

Mohamad Fuzi reda pemergian isteri

 Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengakui agak berat untuk menerima situasi pemergian isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi.

Menurutnya, walaupun agak berat untuk menerima pemergian Allahyarhamah, namun beliau dan keluarga tetap reda.

"Saya akui memang agak berat menerima situasi ini, namun saya dan keluarga reda.

"Sepanjang melalui rawatan kanser sejak 2002, dalam tempoh panjang itu arwah isteri memang seorang wanita dan ibu yang cukup kental.

"Selepas disembahyangkan, jenazah akan dibawa ke Ipoh untuk dikebumikan seperti permintaan arwah sendiri yang mahu disemadikan bersebelahan kubur anak lelaki tunggal yang meninggal pada 2007," katanya.

Mohamad Fuzi berkata demikian ketika ucapan ringkas selepas jenazah disembahyang di Surau Khalid Al-Walid, sebentar tadi.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan memberikan ucapan takziah dalam situasi berkenaan.

"Terima kasih kepada semua yang memberikan semangat dan menzahirkan takziah khususnya kepada semua anggota polis dan juga Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Malaysia," katanya.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.