Model Ini Mungkin Akan Kehilangan Sebelah Lagi Kaki

Gara-gara tidak tahu menggunakan tampon (sejenis pembalut yang dimasukkan ke dalam alat sulit), secara drastik telah mengubah seluruh hidup model Lauren Wasser.

Selepas kehilangan kaki kanan akibat sindrom kejutan toksik pada tahun 2012, wanita berusia 29 tahun ini mendedahkan nasibnya berkemungkinan akan bertambah malah kerana dia mungkin akan kehilangan sebelah lagi kaki.

Lauren berharap, perkongsiannya ini dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita mengenai bahayanya tampon dan sindrom kejutan toksik.

Lapor Hollywood news, Lauren mula mengalami tanda-tanda jangkitan selepas dia menggunakan tampon kurang dari lapan jam. Siptom tersebut bermula dengan demam yang teruk hingga dia mengalami serangan jantung. Akibat jangkitan tersebut, kaki kanannya terpaksa dipotong.

..

Walaupun sudah beberapa tahun berlalu, Lauren masih belum pulih sepenuhnya. Dia menderita setiap hari dan sentiasa berasa sakit.

"Kaki kiri saya mempunyai luka ulser, tiada tumit, dan tiada jari kaki," katanya.

Malangnya, ini bukanlah kes pertama sindrom kejutan toksik. Hasil kajian pakar melaporkan sebanyak 100,000 wanita terkena sindrom tersebut setiap tahun dan seorang wanita bernama Robin Danielson meninggal dunia dari TSS pada tahun 1988.

Sementara itu, Lauren menganjurkan satu rang undang-undang atas nama Robin, Robin Danielson Act, yang akan diwujudkan yang memerlukan syarikat produk kebersihan feminin mendedahkan bahan dan ramuan dalam produk mereka. Ia bagi membantu wanita menjadi lebih sedar bagaimana tampon boleh mendatangkan risiko berbahaya.

Walaupun sakit dan terpaksa memakai kaki palsu, namun Lauren tidak membenarkan penyakitnya itu menjadi penghalang kepada kerjayanya. Dia tetap aktif sebagai model dan 'bercatwalk' di acara-acara pertunjukkan fesyen.
Model Ini Mungkin Akan Kehilangan Sebelah Lagi Kaki Model Ini Mungkin Akan Kehilangan Sebelah Lagi Kaki Reviewed by Kakigosip on 17:38:00 Rating: 5
Powered by Blogger.