Miss A Rasmi Berpecah Selepas 7 Tahun, Peminat Dah Jangka

Setelah beberapa tahun berlegar khabar angin mengenai perpecahan kumpulan mereka, akhirnya Miss A secara rasmi diumumkan bubar.

Berita tersebut disahkan JYP Entertainment yang memaklumkan anak didik mereka itu akhirnya memilih jalan masing-masing selepas tujuh tahun bersama sebagai satu kumpulan.

"Girlgroup di bawah label kami, Miss A, rasmi bubar," kata wakil agensi.

Berita tersebut dianggap bukanlah satu berita mengejutkan memandangkan ramai peminat kerana sangkaan mereka selama ini kumpulan itu sudah lama bubar.

"Saya tidak terlalu terkejut mendengarnya, tapi saya tetap berasa sedih," kata salah seorang peminat.

"Ah... saya sudah tahu kalau hal ini akan terjadi, tetap semangat semuanya!" ujar seorang lagi.

Dianggotai oleh empat gadis iaitu Jia, Min, Fei, dan Suzy Bae, kumpulan Miss A mula debut pada tahun 2010. Mereka tampil dengan album 'Bad But Good' dan cukup popular menerusi lagu hits seperti Bad Girl Good Girl dan Hush Hush.

Sementara itu, Fei telah memperbaharui kontraknya pada Mei 2016 manakala Suzy Bae yang kini semakin rancak dengan karier lakonan telah memperbaharui kontraknya pada Ogos 2017.
Miss A Rasmi Berpecah Selepas 7 Tahun, Peminat Dah Jangka Miss A Rasmi Berpecah Selepas 7 Tahun, Peminat Dah Jangka Reviewed by Kakigosip on 21:15:00 Rating: 5
Powered by Blogger.