Miss Iraq Diancam Bunuh, Keluarga Diusir Dari Negara

Gara-gara sekeping swafoto dirinya bersama Miss Israel yang dimuat naik di laman Instagram, nama Miss Iraq, Sarah Idan terpalit kontroversi.

Lebih malang, gadis berusia 27 tahun itu turut menerima ancaman bunuh.

Ancaman tersebut bukan hanya datang daripada kalangan pengguna media sosial namun daripada pihak Organisasi Miss Iraq.

Dia diminta membuang foto tersebut atau gelarannya sebagai Miss Iraq akan ditarik. Turut terkena tempias ekoran isu itu,  keluarganya yang diarahkan keluar dari Iraq.

Lapor Independent, bagi Sarah, apa yang lebih penting adalah keselamatan keluarganya.

Tidak mahu isu tersebut menjadi lebih besar, Sarah yang kini tinggal di Amerika Syarikat tidak sesekali mendedahkan tempat tinggal keluarganya dan enggan mengulas lanjut mengenai berapa lama keluarganya perlu bersembunyi.

Terdahulu, Sarah memuat naik swafoto dia dan Miss Israel, Adar Gandelsman di media sosial baru-baru ini. Foto berkenaan dirakamkan ketika pertandingan Miss Universe di Las Vegas beberapa bulan lalu.

..

 Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan mendakwa dua gadis jelita ini berkawan baik kerana kemesraan yang mereka pamerkan.

Bagaimanapun Sarah telah memohon maaf dan menjelaskan foto tersebut hanya sebagai simbol perdamaian antara dua negara.

"Saya ingin menegaskan bahwa maksud foto tersebut hanya untuk menunjukkan harapan dan keinginan untuk kedamaian antara dua negara.

"Foto tersebut sama sekali bukan sebagai simbol sokongan terhadap pemerintahan Israel dan bukan bermaksud saya setuju atau menerima aturan yang mereka buat di Arab

"Dan saya meminta maaf kepada kamu semua yang merasakan foto aya menyakiti masyarakat Palestin," tuturnya.
Miss Iraq Diancam Bunuh, Keluarga Diusir Dari Negara Miss Iraq Diancam Bunuh, Keluarga Diusir Dari Negara Reviewed by Kakigosip on 16:12:00 Rating: 5
Powered by Blogger.