Mina (Twice) Daftar Diri Sebagai Penderma Organ

Bergelar artis dan meskipun sibuk dengan jadual seni yang ketat namun penyanyi kacukan Jepun-Amerika, Mina Sharon Myoi juga tidak lupa untuk berbuat kebaikan.



Baru-baru ini, anggota kumpulan Twice ini mendaftar diri sebagai seorang penderma organ.

Perkara tersebut dikongsi Mina sendiri menerusi laman akaun Instagram rasmi Twice, semalam. Pelantun lagu hits 'Likey' itu mendaftar sebagai penderma organ sempena meraikan 800 hari debutnya sebagai selebriti.

"ONCE! (gelaran peminat Twice) Apa kamu semua menutup tahun 2017-mu dengan baik? Hari ini adalah ulangtahun 800 hari debut Twice. Selamat, selamat.

"Untuk mengakhiri tahun ini, saya mendaftarkan diri sebagai penderma organ. Kepada Once yang selalu menyokong kami dan memberi kami kekuatan, terima kasih banyak. Saya harap hari kamu semua menyenangkan!" tulisnya.

..

Pada foto yang dimuat naik itu, Mina menunjukkan kad pendaftaran sebagai penderna pada 2013 lalu di Jepun dan versi 2017 yang didaftarkan di Korea.

Posting tersebut mendapat komen positif dan rata-rata memuji sikap gadis berusia 20 tahun ini.

"Saya sangat mencintaimu! Kami benar-benar tidak mampu untuk memiliki kamu. Kau adalah seorang malaikat," tulis seorang peminat.

"Kau adalah orang yang baik Mina," komen seorang lagi.
Mina (Twice) Daftar Diri Sebagai Penderma Organ Mina (Twice) Daftar Diri Sebagai Penderma Organ Reviewed by Kakigosip on 11:22:00 Rating: 5
Powered by Blogger.