Berita Terkini
recent

Miley tak minat lagu sendiri

Percaya atau tidak, penyanyi dan pelakon kontroversi Miley Cyrus mengakui kurang meminati lagu sendiri.

Perkara itu didedahkan Cyrus, 26, sewaktu mengulas persembahan peserta The Voice musim ke-13, Brooke Simpson, malam Isnin lalu.

“Kami sentiasa menanti persembahan awak. Saya dapat merasakan penonton mahu melihat awak terus berada dalam program ini.

“Jadi semua penonton perlu mengundi Brooke,” katanya yang juga juri The Voice.

Penyanyi Wrecking Ball itu turut memuji kebolehan Brooke mempersembahkan lagu pop.

“Saya bintang pop, namun kurang meminati muzik pop. Malah, saya tidak menyukai lagu sendiri,” katanya.

Beralih kisah cinta, keluarga Miley mengharapkan penyanyi itu menimang cahaya mata secepat mungkin.

Minggu lalu, pelakon siri Hannah Montana itu memuat naik gambar yang menampakkan perutnya seolah-olah sedang hamil di Instagram.

Miley menafikan dakwaan itu dengan menjelaskan perutnya terlalu kenyang selepas makan banyak Tofurkey.

Satu sumber memberitahu portal HollywoodLife.com keluarga Miley teruja sekiranya penyanyi itu dan kekasihnya, Liam Hemsworth dikurniakan zuriat.

“Ibu Miley sudah tidak sabar menjadi nenek. Bapanya pula sangat menyukai bayi dan yakin cucunya nanti pasti berbakat besar,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, keluarga Hemsworth turut memujuk pelakon berkenaan untuk segera mendirikan rumah tangga.

“Hemsworth kini tertekan berikutan keluarganya mendesak dia berkahwin dan menimang cahaya mata. Mereka mahu pasangan itu cepat dapat anak,” kata sumber.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.