Mewangi Bergaya Bersama Ayrahana Hijab


Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

-Lirik lagu Mewangi, Akim & The Magistrate-



Ay, tapi pergi melalut Mewangi bersama Akim & The Magistrate pulak, hahaha. Ok, actually nak cerita tentang perfume yang baru dapat hari tu. Apa lagi kalau bukan perfume Ayrahana Hijab yang semakin hangat diperkatakan saban hari. Mesti ada antara korang yang sudahpun menjadi pengguna setia perfume Ayrahana Hijab kan? Maaf la, saya baru nak try, hehehe.


Dan paling penting, ada Giveway Ayrahana Hijab  Perfume untuk rakyat Malaysia yang bertuah. Janji korang kena rajin tweet dan hashtag #AyrahanaHijab untuk menang perfume Ayrahana Hijab  secara percuma. I've mine. Anda bila lagi?



Apa yang aku suka tentang perfume Ayrahana Hijab  ni? Jujurnya, sebab botol dia kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Dengan isipadu 10ml untuk satu botol, memang mudah untuk dibawa ketika travel ke mana-mana. Nak naik flight pun lepas. Sebenarnya, aku bawa perfume Ayrahana Hijab  ni masa trip ke Pulau Perhentian tempoh hari. Naik flight di KLIA2 dan turun di Kota Bharu. Lepas tu, dari Kota Bharu baru pergi ke Besut untuk meneruskan perjalanan kami di Pulau Perhentian.


Biasalah, kalau travel sah-sah nak mandi pun tak sempat. Jadi, amat penting untuk lelaki mahupun perempuan untuk menjaga penampilan diri dan kekal wangi sepanjang masa. Kesianlah kat member-member, dah lah penat berjalan seharian, kena pulak hadap bau kita yang tak menyenangkan tu. Mau pengsan member-member, hehehe. Jadi, bila ada perfume Ayrahana Hijab  yang kecil molek ni,  mudah nak dibawa ke mana-mana. Rasa tak selesa je, sembur je ke badan. Fuuuh, semerbak harum. Awek sebelah tengok, terus kenyit mata. Eh. *ini propa je, keh3*. Jujurnya, bau perfume Ayrahana Hijab ni kekal lama. Paling penting, sah untuk dibawa solat. So, jangan was-was ye.



Di kesempatan ini juga, aku nak share serba-sedikit mengenai perfume Ayrahana Hijab  ni. Mana tahu kan, ada lagi yang masih tercari-cari info mengenai perfume Ayrahana Hijab  ni sebelum membeli. Jadi, kat sini disertakan ciri-ciri lain yang ada pada Ayrahana Hijab  Perfumes. Cekidout!!!


CIRI-CIRI AYRAHANA HIJAB PERFUMES

1) 10ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA


Berikut, disertakan juga senarai Ayrahana Hijab Perfumes untuk rujukan korang di luar sana. Ada orang kata, "eh, tak best lah bau perfume ni". Bukan macam tu, cik abang, cik kak, sebenarnya perfume ni tengok siapa pemakainya. Setiap orang kesesuaian mereka berbeza-beza. Nak pilih perfume atau nak beli perfume ni, tak boleh nak ikut-ikut orang. Pilih yang rasa kita selesa hidu dan yang sesuai dengan kita. Ok?



CARA NAK ORDER PERFUME AYRAHANA HIJAB

Dah tahu pasal Ayrahana Hijab  Perfumes? Dah start berminat nak order/ beli? Tapi, tak tahu cara macam mana nak beli dan nak beli kat mana? Jangan bimbang. Dunia sekarang hanya di hujung jari. Boleh je beli secara online. Boleh refer contact no di bawah ye. Selamat mencuba!


Fanpage:
www.facebook.com/ayrahanahijab

Instagram:
instagram.com/ayrahanahijab

Website:
www.ayrahanahijab.com

Beli Online
https://shopee.com.my/ayrahanahijab
Mewangi Bergaya Bersama Ayrahana Hijab Mewangi Bergaya Bersama Ayrahana Hijab Reviewed by Kakigosip on 08:35:00 Rating: 5
Powered by Blogger.