Berita Terkini
recent

Menangis dalam panggung

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca Metro Ahad yang dikasihi.

Belum terlambat untuk adik mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam.

Cinta baginda mengalir dalam diri setiap umatnya sejak 1,400 tahun dahulu sehingga membuatkan kekasih Allah ini terlalu istimewa di hati umatnya. Saban tahun kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabiulawal bagi memperingati baginda yang menyebarkan dakwah.

Marilah kita sama-sama menghayati segala pengorbanan dan kebaikan yang dilakukan Rasulullah SAW.

Minggu ini adik ingin berkongsi berita gembira yang mana filem Pinjamkan Hatiku mendapat maklum balas positif penonton sekali gus menjadi trending di laman Twitter dan semua platform media sosial.

Perasaan adik membuak-buak apabila membaca komen yang diberikan penonton. Rata-rata menyukai jalan cerita malah sinematografinya dianggap luar biasa.

Ramai penonton menyukai konflik dan nilai kekeluargaan yang terkandung dalam filem ini. Adik harap penonton dapat mencerap mesej yang diselitkan dalam filem ini.

Emosi yang cuba dihidupkan dalam filem ini dapat dirasai penonton. Malah adik sendiri tersentuh hati dengan penjiwaan Shaheizy Sam dan Farid Kamil. Mereka berjaya menzahirkan emosi masing-masing dengan baik sekali sehingga mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata.

Adik difahamkan sejak hari pertama filem ini ditayangkan, panggung penuh. Ini secara tidak langsung membuktikan filem cinta romantis mempunyai pengikut tersendiri sekali gus dapat mengembalikan kegemilangan filem Ombak Rindu yang berjaya mencetuskan fenomena.

Lebih menarik, ada penonton menangis buat kali pertama dalam panggung ketika menyaksikan filem arahan abang Osman Ali ini. Buktinya, adik ada kongsi komen penonton dalam Insta Stories di akaun Instagram adik.

Apapun jangan lupa bawa tisu, bimbang nanti terpaksa mengesat air mata di baju orang sebelah. Jangan nakal, nakal, nakal. Jom serbu panggung untuk bertemu Laila Safitri. #jomtonton.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.