Melampau Sangat Tuduh Fathia Mahu Jadi Kafir

Gara-gara dia berkongsi beberapa foto lama menunjukkan dirinya tidak bertudung, aktres kontroversi Fathia Latiff di dakwa mahu menjadi kafir.



Kecewa dengan tuduhan pemilik akaun yang menggunakan nama Nur Farhanim itu, pelakon berusia 30 tahun itu menyifatkan tuduhan tersebut sangat melampau.

"Kalau ye pun tak setuju saya post gambar throwback tidak bertudung, janganlah sampai panggil saya nak jadi kafir. Tuduhan ini sangat melampau.

"Kafir adalah sangat sensitif " tulisnya di Instgram seperti yang dilaporkan mStar online.

..

Foto lama ketika dia masih tidak bertudung itu dimuat naik oleh Fathia pada petang Rabu lalu mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata tidak bersetuju dan mengandaikan, pelakon drama Menanti Februari itu mahu mengikuti jejak langkah Uqasha yang mengambil keputusan untuk membuka tudung.

Pun begitu, segelintir netizen pula berharap agar Fathia istiqamah dan terus kekal dengan imej menutup aurat.

Bagaimanapun posting tersebut telah dipadamkan oleh Fathia selepas hampir 24 jam dimuat naik.

Melampau Sangat Tuduh Fathia Mahu Jadi Kafir Melampau Sangat Tuduh Fathia Mahu Jadi Kafir Reviewed by Kakigosip on 12:10:00 Rating: 5
Powered by Blogger.